Wednesday, June 19, 2013

Sederhana


Sederhana. Ya, kali ini kita bertemu dengan tajuk Kesederhanaan dalam kehidupan. Sebab kesederhanaan itu sendiri satu keseniaan yang indah andai kita hayati setiap sederhana. Bila kita tahu pada tajuk, kesederhanaan dalam kehidupan, cuba kita refleksi diri kita. Adakah kita seperti sahabat-sahabat Rasulullah? Nak cerita pasal sahabat-sahabat Rasulullah memang ana kurang mahir. Setahu ana salah seorang dari sahabat iaitu Abdul Rahman Auf memang kaya raya tapi bersikap bersederhana dalam kehidupan. Tapi para sahabat bukan untuk menunjuk-nunjuk. Tapi, itulah yang di tuntut dalam Islam.

Andai ada orang tanya ana, apa yang ana cari lagi di dalam dunia ini selain amal soleh? Pasti akan ana akan menjawab. ana nak pupuk sifat qanaah dalam diri.

Apa itu qanaah?

Qanaah biarlah ana huraikan dengan membawa maksud bersederhana.

Kenapa?

Sebab ana dapat melihat keindahan dalam setiap kesederhaan itu sendiri. Seni yang hebat dalam perjalanan manusia yang cukup luas.

Pada dasarnya, manusia melihat sederhana itu dalam aspek harta sahaja. Tapi, bagi ana sendiri, kesederhaan itu sendiri ada dalam setiap aspek kita sebagai manusia.

Bukan mudah untuk kita memupuk sifat kesederhanaan dalam diri. Sederhana dalam penampilan, sederhana dalam pandangan, sederhana dalam pergerakan mahupun banyak lagi sederhana yang boleh kita terapkan dalam diri kita.

Hal ini kerana kesederhanaan itu sendiri adalah satu garisan berlebih-lebihan dan berkurang-kurangan.

Membuatkan manusia yang mampu bersederhana itu, seperti sedang melagukan satu music yang terindah untuk di nyanyikan dalam jiwa dan diri kita. Hingga kadang kala membuatkan orang lain terpesona melihat keindahannya. Allahualam...

Namun itu juga adalah satu bukti bahawa sederhana bukanlah satu perkara yang mudah di capai oleh manusia. Kerana garisan sederhana itu adalah amat tipis dan mudah putus.

Yang Menghilangkan Apa Itu Sederhana

Apakah yang menghilangkan sifat sederhana dalam diri manusia? Ana boleh bagi dua contoh.
1)    Ego
2)   Inferiority

Ego akan membawa diri kita lebh kearah berlebih-lebih dalam segala aspek kehidupan. Samada dari segi pemakaian. Manakala inferiority adalah satu aspe yang membawa kita kearah kekurangan. Tapi, jarang kita melihat orang terkeluar dari segi berkurang-kurangan.

Dengan rasa terlalu rasa bagus, rasa terlalu hebat, semua itu membawa diri kita kepada satu peribadi yang keras seperti bongkak, takbur dan mungkin extreme.

Rasa terlalu kurang, rasa bahawa diri ini terlalu lemah, rasa bahawa diri ini tidak layak untuk itu dan utnuk ini akan membawa diri kita kepada peribadi yang lemah, bodoh, mudah di pergunakan dan mungkin mudah di perkotak-katikkan. Ya, walaupun kita tidak merasakan sedemikian, tetapi kehidupan kita akan terhanyut kearah itu tidak lama nanti.

Tetapi sesiapa yang mampu mengawal egonya dan menghapuskan inferioritinya maka dia adalah manusia yang berjaya dalam bersederhana. Boleh ke pada sesetengah manusia yang memang asalnya kaya raya?

Sederhana Memerlukan Pengorbanan

Ana kira itulah sebabnya yang paling sukar untuk berkorban. Sebab dengan menjadi bersederhana kita kena mengorbankan sifat ego yang membara dalam jiwa.

Ada orang yang suka mengikuti egonya, kerana merasakan bahawa dia akan menjadi yang tertinggi dengannya. Ada orang suka dengan sifat inferioritinya kerana dia merasakan mudah dan tidak rasa terbeban dengan perasaan dan lari dari sifat tanggungjawab.

Penutup: Orang yang bersederhana itu indah dengan cahaya.

Orang berperasaan seperti itu adalah indah. Mereka tidak sakit dengan dunia. membuatkan mereka tersenyum dengan riang.  

Ana hendak menajdi seorang yang bersederhana. Sebab itu ana sekarang
sedang mengejarnya dan Allah pun sedang bagi itu apa yang ana minta.

No comments:

Post a Comment