Alhamdulillah, masih punya kesempatan dan waktu untuk mengungkap kata
di sini. Lama rasanya tidak mencoretkan kata. Alhamdulillah kesempatan
sentiasa hadir untuk muhasabah diri atas segala yang terjadi. Allah Maha
Penyayang. Masih dikurniakan peluang untuk kita bernafas hari ini.
Semoga setiap nafas kita seterusnya sentiasa segar mewangi dengan
kuntuman dan benih semangat iman dan ihsan. Semangat inilah yang akan
dialirkan oleh darah ke seluruh tubuh untuk diserapkan. Semoga semangat
ini terus baru dan mekar seindahnya. Moga mekar dan harumannya menghiasi
kehidupan orang lain, menyinari kehidupan orang lain untuk turut sama
merasakan kebersamaan kita.
Syukur, diri ini masih diberi peluang melihat dunia lagi. Menyedarkan
diri untuk sentiasa melihat dari sudut Yang Menciptakan. Menilai dari
perspektif yang berbeza dari biasa. Alhamdulillah. Segala pujian hanya
bagi Allah. Terima kasih pada ARNMH dan sahabat-sahabat seperjuangan yang masih
setia. Yang sentiasa mengungkap kata semangat untuk tetap thabat (teguh) di
jalan ini. Yang sentiasa mengirimkan doa untukku tetap kuat dan tenang di alam ini. Alhamdulillah, Jazakumullahu khayran katheera. Entum sentiasa
dihati dan selalu ada dalam doaku. Sesungguhnya sayang pada dia tidak
kunjung padam. Moga Allah restui kita suatu masa nanti. InsyaAllah.
Sesungguhnya ukhuwah itu sangat indah. Moga Allah yang membalas jasa dan
budi baik anta kerana balasanNya tiada tandingan.
Macam-macam yang berlaku kebelakangan ini. Semoga dikurniakan
kesabaran yang tinggi. Tanam di hati ingat selalu, ujian itu tarbiyah (pendidikan)
daripada-Nya. Allah knows Best, kan? :)
No comments:
Post a Comment