Manusia terbahagi kepada tiga golongan iaitu:
✔ Hidup demi dunia semata-mata
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Dan
tentu mereka akan mengatakan (pula): ‘Hidup hanyalah kehidupan kita di
dunia ini sahaja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan.’”
(Surah al-An’am 6: 29)
Golongan ini ialah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.
✔ Golongan yang percaya kewujudan akhirat namun…
Namun
mereka tidak berusaha kea rah mencapai kebahagiaan “disana”. Mereka
selamba bersuka ria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk
menggapai kebahagiaan di akhirat.
✔ Golong yang menganggap dunia ini ladang akhirat.
Mereka menanam disini untuk menuai di akhirat kelak.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan
tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau
belaka. Dan sungguh kampong akhirat itu lebih baik bagi orang yang
bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”
(Surah al-An’am 6: 32)
DI MANA agaknya kita?
Tepuk dada Tanya iman.
No comments:
Post a Comment