Friday, May 17, 2013

cinta, perkahwinan, perasaan, kebebasan


CINTA
Cinta tidak akan memberikan apa kecuali dirinya sendiri, cinta tidak "memiliki" pun juga tidak ingin "dimiliki", kerna cinta telah cukup untuk cinta.
Cinta tidak menginginkan yang lain kecuali memenuhi dirinya, namun apabila engkau mencintai dan terpaksa memiliki berbagai bagai keinginan, maka biarlah ia menjadi aneka keinginanmu.

PERKAHWINAN
Kau dilahirkan bersama sama dan bersama sama pula engkau akan selamanya, kau akan sentiasa bersama sehingga sayap sayap putih kematian datang untuk memporak perandakan hari hari mu.

Ya, engkau akan sentiasa bersama walaupun dalam kesunyian kenangan tuhan, tetapi tinggalkanlah sedikit "ruang" ketika sedang bersama. Dan biarkanlah angin syurga menari nari dicelah celah kalian.


Saling menyintailah, tapi jangan membuat belenggu cinta dan lebih baik membiarkan cinta menjadi sebentang laut yang bergerak diantara pantai pantai jiwamu.

Isilah cawan diantara satu sama lain, akan tetapi janganlah minum dari cawan yang sama, berkongsilah rotimu sesama, akan tetapi janganlah makan dari seketul roti yang sama. Bernyanyilah dan menarilah bersama dan bergembiralah, akan tetapi biarkan masing masing menghayati kesendirian masing masing, sebagaimana tali gambus yang tetap sendiri walaupun mereka bergetar dalam muzik yang sama, Berikanlah hatimu, tapi jangan sampai mencuba untuk merentasi sempadannya, kerana hanya tangan kehidupan yang dapat mengisi hatimu, dan berdirilah bersama, akan tetapi jangan pula engkau berdiri terlalu rapat, kerana tiang tiang rumah pun berdiri terpisah untuk menyokong kekuatan rumah. Dan pohon kemboja serta pohon kelapa pun tidak pernah tumbuh disebabkan oleh bayangan diantara satu sama lain.

PERASAAN
Jiwamu kerap kali menjadi medan pertempuran, diatasnya akal budimu dan pertimbangan yang berperang melawan persaanmu serta selera nafsumu,dan yang bisa menjadi pendamai diantara keduanya hanyalah dirimu sendiri, serta menjadi pencinta pada "semua" unsur yang ada didalam dirimu.
Akal yang mengendalikan dirinya sendiri, adalah kekuatan yang mengikat dan perasaan yang tidak diawasi adalah nyala api yang membakar serta merosakan dirinya.Maka biarlah jiwamu mengagungkan akalmu pada ketinggian perasaan sehingga dia bisa bernyanyi, dan biarlah dia mengarahkan perasaanmu dengan akal, sehingga perasaanmu bisa hidup melalui kebangkitan dirinya sehari hari, laksana burung Phoenix yang membumbung tinggi dari atas abunya sendiri. Kuinginkan engkau menjaga fikiran dan persaanmu sebagaimana engkau menjaga meja makanmu yang sedang menjamu dua tetamu yang amat engkau kasihi didalam rumahmu, dan jkau tidak akan melayani serta menghormati hanya salah seorang dari mereka, kerana mengecewakan salah seorang dari mereka hanya akan menyebabkan engkau kan kehilangan cinta dan kepercayaan diri dari kedua duanya.
Ketika saat engkau mengharungi kedamaian serta ketenangan maka biarlah hatimu bertutur dalam keheningan : "tuhan istirah dalam akal budi" dan takala badai datang mengoyak rimba belantara dirimu, maka biarkanlah hatimu mengucap kata kata takjub : "tuhan bergerak dalam perasaan". Kerna engkau adalah hembusan nafas tuhan, serta sehelai daun di rimba tuhan. maka engkau pun akan istirah didalam akal budi yang bergerak didalam gejolak rasa.

KEBEBASAN
Dan hatiku menitikan darah dadalam dada, kerana engkau hanya akan bebas apabila engkau telah menyedari bahawa hasrat ingin bebas juga merupakan belenggu bagi jiwamu.
Dan ketika engkau telah menghentikan bicara tentang kebebasan sebagai satu tujuan dan jalan penyelasaian.
Kau hanya akan sunguh sunguh bebas jika hari harimu telah kosong dari beban untuk membuat pilihan, dan malam malammu pula tidak lagi sepi serta menanggung duka dan kesedihan. Dan jika hal hal seperti ini membelenggu hidupmu akan tetapi engkau dapat mengatasinya, maka dirimu akan terlepas dan bebas.
Akan tetapi sesungguhnya sesetengah perkara tetap bergerak didalam dirimu, sesetengah merangkul diantaranya, yang diinginkan serta yang dibencikan, yang engkau buru serta yang engkau tinggalkan, Semua ini bergerak didalam dirimu seperti cahaya dan bayangan didalam pasangan pasangan serta saling berpelukan. Dan ketika bayangan pudar dan menghilang, cahaya yang semakin suram itu akan menjadi bayangan pula untuk cahaya yang lain.
Dan demikinanlah perihalnya akan "kebebasan", apabila dia kehilangan kawalannya, maka dirinya akan dikawal pula oleh kebebasan yang lebih besar lagi.

* dan tiada maksud lain dari persahabatan, kecuali saling memperkaya roh kejiwaan, kerana kasih yang masih mencari diluar jangkauan misterinya bukanlah kasih. Seperti sebuah jala yang ditebarkan, hanya menangkap apa yang tidak diharapkan.

No comments:

Post a Comment