بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian
dari hidupku.
Seorang yang sungguh mencintai-Mu lebih daripada segala
sesuatu..
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada posisi kedua
setelah Engkau..
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi
untuk-Mu..
Yang paling penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai kepada Engkau..
Dan dia haruslah mengetahui untuk siapa dan mengapa dia
hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia..
Seseorang yang memiliki hati yang bijak bukan hanya otak yang cerdas..
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga
menghormatiku..
Seorang lelaki yang bukan hanya memujaku
tetapi dapat juga menasihati ketika aku berbuat salah..
Seorang yang mencintaiku bukan kerana fizikalku atau
rupaparasku tetapi kerana hatiku dan diriku..
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu & situasi..
Seseorang yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita
ketika berada di sebelahnya..
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna, Namun aku meminta
Seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimata-Mu..
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna, Namun aku meminta
Seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimata-Mu..
Seorang lelaki yang memerlukanku sebagai peneguhnya..
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya..
Seseorang
yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya..
Seseorang yang
memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.
Dan aku juga meminta:
Jadikanlah aku seorang perempuan yang dapat membuatkan
lelaki itu bangga..
Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintai-Mu,
sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-Mu,
bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.
bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.
Berikanlah sifat-Mu yang lembut sehingga kecantikanku
datang dariMu bukan dari luar diriku..
Berilah aku tangan-Mu sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya..
Berikanlah aku penglihatan-Mu sehingga aku dapat melihat
banyak hal yang baik dalam dirinya, dan bukan hal buruk sahaja..
Berikanlah aku kata-kata kebijaksanaan-Mu dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi,
dan selalu memberikan semangat untuknya..
Berikanlah aku kata-kata kebijaksanaan-Mu dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi,
dan selalu memberikan semangat untuknya..
Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu, Aku berharap kami berdua dapat mengatakan,
“Betapa besarnya Allah itu kerana Dia telah memberikan
kepadaku,seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna..”
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada
waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang
Kau tentukan...
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ
لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ
p/s buat ARNMH : sekiranya anta baca doa ana ini tolong aminkan untuk ana ye. :)

No comments:
Post a Comment