Cemburu sememangnya sifat semulajadi kaum hawa. Ini juga dialami oleh para-para isteri Rasul dan juga isteri yang lain. Kenapa semua yang aku baca adalah perasaan itu hanya wujud dari seorang isteri bukan pada seorang perempuan yang belum dinikahi? Adakah salah atau tidak boleh ada perasaan sedemikian sebelum ada ikatan yang halal? Sebenarnya aku a bit confuse dengan artikel-artikel mengenai perasaan-perasaan yang tidak sepatutnya wujud sebelum menjadi ikatan yang sah' Ya Allah...berikanlah aku pentunjukmu Ya Allah. Kenapa diwujudkan perasaan sedemikian sekiranya islam melarang atau 'haramkan' untuk kita pupuk perasaan itu? Semuanya ceritanya setelah bernikah. Adakah ini tidak adil? Astagfirullah....
Bukankah perasaan itu telah diwujudkan oleh Allah S.W.T kepada setiap makhluknya yg diciptanya? Rasanya semua orang mengalami perasaan yang sama tapi macamana? Complicated. Kenapa tidak diasingkan saja lelaki dan perempuan sekiranya belum bernikah untuk mengelakkan dari berperasaan sedemikian.
Macamana pula dengan situasi yang tiba-tiba perasaan itu wujud secara tidak sengaja? Memang betul semuanya boleh dihulurkan dengan doa sekiranya kita serahkan pada Allah S.W.T tapi paling tidak pun tuan punya badan kenalah tahu mengenainya. Sekurang-kurang kita alert apa yang berlaku...
Hakikatnya tidak dapat dinafikan perasaan
cinta menyebabkan wujudnya perasaan cemburu sebagai ujian dari Allah Taala
kepada manusia. Sifat cemburu dianugerahkan daripada Allah. Namun, tanpa cemburu juga
pun merbahaya habis macamana. Melalui cemburukan seseorang itu boleh menunjukkan sikap ingin mempertahankan
sesuatu yang dijaga sepenuh pengawasannya. Tanpa cemburu juga maka tiada
siapa yang akan ambil peduli dan terpanggil untuk rasa bertanggungjawab
membaiki keadaan. Sebarang kebiasaan tabiat buruk dan keterlanjuran akan mudah
membiak menjadi gejala tidak sihat apabila tiada sesiapa yang peka dan
sensitif dengan kecemburuannya.
Sumpah! aku memang tak faham...Harus aku kena tanya atau rujuk dengan mana-mana yang pakar ni. Aku baca dua side mengenai perasaan tentang manusia.
1) dari segi islam
2) dari segi duniawi
Kelainan yang sangat ketara tapi diakhir hujahan mereka ada statement mengatakan 'Cemburu itu Fitrah' motif? sedangkan dalan islam tidak mengalakkan. Astagfirullah...
Allahualam....

No comments:
Post a Comment