Pernahkah atau selalukah diri anda merasakan….arrrghhhhhhhhh…. kena
pergi kerja ker?.. eeeeiii.. “MALASNYEE”… samada faktor…sememangnya
malas, letih, bosan dengan kesesakan jalanraya, boss yang garang dan
menjengkelkan, keadaan tempat kerja yang memeningkan kepala, terpaksa
bekerja dan lain-lain. Ianya pasti memberi tekanan dan meletihkan hari
dan hidup anda. Melakukan sesuatu perkara dalam keadaan “terpaksa” dan
hampir tidak ikhlas hingga timbul perasaan “meluat”.
Tak boleh ke aku duk kat rumah?. nak panjangkan badan, nak besarkan badan, nak manja-manjakan diri dan badan… (heheheee…ini semua perumpamaan untuk merehatkan diri dan badan dalam erti kata sebenarnya). Dalam hidup realiti pada mereka yang bekerja, hanya pada ketika cuti
hujung minggu, tahunan atau sakit sahaja boleh direalisasikan. Hidup ini
penuh dengan tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan, walaupun
terpaksa.
- Kenapa dan mengapakah manusia jadi begitu?
- Apakah faktor-faktor yang mendorong situasi sedemikian melanda?
- Apakah kepuasan kerja yang sebenar-benarnya?
- Sejauhmanakah manusia mampu mengubah sesuatu situasi yang bermasalah itu atau mereka hanya mendiamkan diri sahaja?
- Bagaimanakah untuk menghalang atau menghindari perasaan negatif tentang ketidakpuasan bekerja?
Itu mungkin beberapa persoalan yang ada dan bermain-main dalam
fikiran. Persoalan pokok ialah mengapa anda harus bekerja??. Adakah
sebab kerana setelah habis belajar, tentulah kena kerja, nak cari duit
tampung kehidupan dan menikmati apa yang diingini, saje suka-suka kerana
kerja yang dilakukan itu adalah hobi atau mencari duit…duit… duit untuk
bayar hutang piutang yang menimbun!. Ianya pendorong yang kuat untuk
seseorang itu bekerja dengan bersemangat atau sebaliknya.
Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Professor apa ntah (aku tak ingat) mengatakan “apakah tujuan sebenarnya anda bekerja?” dan kebanyakan
jawapan ialah “nak cari duit”. Jawapan pada hakikat sebenarnya bukanlah
untuk mencari duit — tapi sesuatu pekerjaan itu ialah untuk
memberi khidmat kepada orang lain. Di mana setiap pekerjaan mempunyai
motif yang sama iaitu “menolong dan berkhidmat untuk orang lain”.
Sebagai contoh, cikgu kerjanya mengajar dan mendidik murid-murid lebih
pandai, penyanyi tugasnya untuk menghiburkan hati para peminat, doktor
pula untuk merawat dan memberi ubat bagi menyembuhkan pesakit manakala
seorang isteri menolong kerja-kerja di rumah untuk suami dan keluarga
tersayang dan lain-lain. Nah…nyata sekali asasnya ialah untuk
“menolong”. Jika ianya masih atau tidak diterima pada hakikatnya, anda
pasti tidak akan merasa gembira atau puas terhadap pekerjaan yang anda
lakukan.
Selain daripada itu, “padanan jenis kerja” juga penting kepada setiap
individu menurut kelebihan dan keunikan seseorang itu. Terdapat 4 perkara yang mempengaruhi
tahap kepuasan dan keberkatan anda bekerja:-
- sejauh manakah pekerjaan kita memberi kesan yang signifikan kepada orang lain?
- berapa banyakkah kebebasan yang kita perolehi dalam membuat sesuatu keputusan di dalam pekerjaan yang diceburi?
- berapa banyak perkara yang berlainan boleh kita perolehi di dalam pekerjaan yang dilakukan?
- unsur agama dimana letaknya?
Ini sudah tentu membantu dan mendorong seseorang itu dalam mencari
erti kepada tahap kepuasan dan keberkatan kerja. Jika tidak ianya mungkin boleh menjadi
sebaliknya kalau faktor-faktor yang negatif membelenggu hidup hingga
terbitnya satu ketidakpuasan sehingga aliran diri untuk semangat bekerja lebih kuat terhenti dan terbantut.
Bagaimanakah untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah tahap kepuasan
kerja. Perkara yang perlu dilihat dan didalami ialah “kita harus
belajar erti kerja yang dilakukan” bukan “sekadar tentang kerja
sahaja”. Kebanyakan manusia enggan melalui proses ini kerana ianya
adalah suatu kaedah pembelajaran yang membawa mereka TAKUT melakukan
kesilapan. Lantas nanti mereka akan dikritik atau dihukum atas
kesalahan. Ini adalah lumrah fitrah kehidupan manusia. Manusia akan
menjadi defensif dan cuba melindungi diri...akhirnya penat!
Jika manusia sudah mampu untuk mencari kepuasan dan erti kerja
sebenarnya, pasti maksud gembira, suka, bersemangat, produktiviti dan
nilai positif terhadap kerja akan lahir dengan sendiri dan melebihi
bayaran yang didapati. Masalah kerja dan rumah tidak seharusnya
dicampuraduk kerana kesan jangka panjang amat buruk sekali. Sebenarnya
tahap kepuasan kerja adalah bergantung kepada diri sendiri.
Bekerja bukan sahaja berkait rapat dengan tugasan yang perlu
diselesaikan tetapi ianya ialah hubungan manusia yang memerlukan
komunikasi intra dan inter yang efektif dan efisien. Mampu menyelami
gelodak perasaan diri dan berempati terhadap mereka disekeliling.
Komunikasi adalah resepi dalam mencari pengkongsian makna di samping
ilmu pengetahuan tentang tugasan.
Pekerjaan tidak akan membuat anda gembira, tetapi anda akan mencari
makna terhadap kerja anda. Pasti nanti aku akan selalu ingin pergi
kerja, gembira melakukan kerja dengan baik dan ikhlas, tersenyum dengan
pujian atas kesungguhan kerja yang dilakukan dan akhirnya kepuasan kerja
tercapai.
Ini tidak...
No comments:
Post a Comment