Wednesday, May 29, 2013

Pemilik Cintaku selepas ﷲ dan Rasullulah


بِسْـــــــمِ أللَّهِ ألرَّحْمَنِ ألرَّحِيْ

Cinta itu adalah ketika timbul perasaan anih disekujur tubuh baik ketika aku melihatnya, mendengarnya, ataupun ketika aku merasakan kehadirannya. Adakalanya aku selalu ingin dekat dengannya, namun yakinlah, bahawa jarak yang jauh terkadang mampu mendekatkan hati kami. Dan juga sebaliknya, pendekatan tanpa ikatan pernikahan seringkali merenggangkan hati kita. Na’uzubillah.

Cinta itu tumbuh secara tak terduga. Terkadang aku berfikir bahwa aku lebih baik mencintai orang tersebut. Namun ketika hatiku menolaknya aku tak akan mampu berbuat apa-apa. Biarlah perlahan-lahan hatiku, bersama dengan masa yang akan menghapuskannya.

Namun ketika hatiku membenarkan, aku akan kebingungan kerananya. Aku akan berfikir berulang-ulang sebelum aku benar-benar yakin bahawa dialah cintaku yg sebenarnya. Alhamdulillah…

Cinta kerana Allah adalah ketika aku mengerti, tak hanya kelebihan dari orang itu yang aku lihat, namun juga memahami dan menerima kekurangan-kekurangan yang dimilikinya. Sungguh pun aku baru boleh mengatakan bahawa "aku menyayanginya dan mencintainya" setelah aku benar-benar mengenalnya dengan sebenar-benarnya, iaitu baik dan buruknya. Ini adalah proses mengenali.

Cinta kerana Allah itu tidak akan pernah sebatas pada harta dan rupa paras, Kerana sesungguhnya aku sedar bahawa aku ini adalah sebuah kehangatan yang mampu mengusir rasa dingin dari jiwaku. Lebih daripada sekadar keindahan yang ternyata membuatku beku kedinginan. MasyaAllah…bagaimana aku boleh mencintainya kerana akhlak dan agamanya, bukan pada rupa, harta, ataupun nasabnya. kerana dengan inilah aku boleh menepis kefakiran, kehinaan, ketidak bahagiaaan, dan kemudian menggantinya dengan kemuliaan yang diredhai oleh Allah SWT, InsyaAllah dengan IzinMu Ya Allah…

Cinta kerana Allah akan membuatku merasa tidak perlu memiliki meskipun dalam hatiku sangat ingin. Adalah bagaimana aku boleh ikhlas ketika dia ternyata lebih mencintai dan menyayangi orang lain dan bahkan aku pun berdoa agar mereka boleh berbahagia. Dan akan menjadikan orang lain itu halal. Tapi bukan ke ‘doa boleh mengubah takdir’. Ketika aku melihat dia dan mencintainya, dan ingin jadi halal bagi dia. Hal itu akan membuatku semakin terus beristiqamah, aku menjadi mampu melihat kekurangan-kekurangan diriku untuk kemudian memperbaikinya. Alhamdulillah…Allah lebih tahu’.


Cinta Kerana Allah tidak akan membuatku berfikiran sempit, aku akan berfikir lebih jauh ke depan, lebih matang, lebih dewasa, dan ke arah yang lebih serius…!! Aku tidak akan berfikir dan membayangkan apabila kami akan menjalinkan satu hubungan, namun aku sudah berfikir ke arah pernikahan, InsyaAllah. Kerana aku percaya bahwa ia jauh lebih kukuh, suci, bererti dan bermakna di hadapan Allah daripada sekadar menjalinkan hubungan.

Cinta kerana Allah terkadang tak tumbuh dengan sendirinya. Kita seperti layaknya diberi biji untuk ditanam. Lalu ia tergantung pada bagaimana kita merawatnya. Jika kita baik, maka baik pulalah perasaan itu, dan juga sebaliknya. Terkadang pula boleh jadi ia tumbuh dengan sendirinya. Ada saat dimana aku terkadang ingin membunuh saja perasaan tersebut namun entah mengapa aku tak berdaya. Kerana sebenarnya bukanlah kita yang menumbuhkan perasaan cinta tersebut, namun Rabb yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang lah yang berkehendak atas segala perasaan itu, SubhanAllah…

Cinta kerana Allah bukanlah tentang bagaimana kita saling memandang, namun bagaimana tentang kita melihat ke arah yang sama, dan berjalan ke arah yang sama. Kita sedar bahawa kita tidak akan mampu menghadapi perjalanan tersebut sendirian melainkan aku perlukan seseorang untuk berjalan disisiku, yang saling membantu, saling meringankan, dan saling mengarahkan dalam perjalanan mengapai Redha-Nya.

Cinta kerana Allah tidaklah selalu memerlukan kesamaan diantara kita. Namun yang terpenting adalah kesamaan prinsip dan tujuan, yaitu mengapai redha Allah SWT dalam diriku pun ingin agar aku merasa layak untuk mencintai dan dicintai oleh ARNMH. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment