Manusia yang sempurna ialah manusia yang tahu kekurangan dirinya tetapi
berusaha mencari kemuliaan di hadapanpenciptanya.. TETAPI..manusia yang
merasakan dirinya sempurna ialah manusia yang tidak mengakui
kelemahannya dan tidak pula mahu mencari keredhaan dari penciptanya..
Hati
manusia diciptakan berbelah bahagi bila terjerat dengan perasaan
,Disebalik perasaan itu Allah ciptakan akal untuk menilai semula apa
yang dirasanya..Ternyata ,iman akan memujuk akal supaya bijak membuat
pilihan dan nafsu juga terus menggoda hati untuk membuat kputusan yang
tergesa-gesa..
Manusia
yang lemah tanpa iman mudah untuk disungkurkan sekalipun musuhnya itu
hanyalah manusia biasa..Akan tetapi..Manusia yang hebat dengan Iman di
jiwanya sungguh istimewa sehingga malaikat juga perlu mengakuinya..
Jika mencintai Manusia, janganlah mencintainya sepenuh hatimu
,kerana bila sampai waktunya mungkin kau tidak akan diperlukan
lagi..Tetapi jika mencintai manusia ,kongsilah rasa cinta itu pada yang
ESA kerana dirimu akan tahu siapa sebenarnya yang lebih "layak" untuk
dicintai...
kAsihanilah jodohmu kerana tidak adil baginya jika di luar sana engkau
tidak seperti yang dimahukan agama sedangkan dia bersungguh
memeliharanya, Kasihanilah jodohmu jika dia setia pada pada janji-janji
Allah sedangkan kau bebas melanggarnya...Jangan disebabkan keegoanmu
membuatkan takdir Allah mengubah segala-galanya,jangan pula disebabkan
kejahilanmu semua yang ditetapkan terlerai begitu sahaja"
Akhir
hidup manusia ada yang seperti yang dimahukan dan ada juga yang tidak
disangkakan ,keinginan yang kita kejar buatkan hati dan jiwa semakin
berpaling dari landasan sebenar..janganlah terlalu mengikut telunjuk
hati yang setiasa mahukan kesmpurnaan,Tetapi terimalah segala kekurangan
kerana itulah "kesempurnaan" buat mereka yang sentiasa sabar...Allahualam - Allah Lebih Tahu.
No comments:
Post a Comment